Owner Post Friends Follow Dash



Moonlight
Twinkle Like Star♥

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
Please be nice yyaa!

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please leave your footstep :D Love Youu!~ D.O Wifey!



Followers


I'm A Member!




Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Dear blog and my friend, as you know hari ini keputusan SPM2015 diumumkan. So, aku akan sedaya upaya untuk ceritakan balik apa yang terjadi hari ini. Insha-Allah.

Pagi tu, aku dengan sabar menunggu jam 10 pagi. Kenapa aku tunggu? Yes, kerana aku nak cek result aku guna sms. Then, pukul 10. Aku dengan gagah dan berani mencapai telefon aku dan segera menaip lalu aku hantar sms tu. *ceh ayat. Lepas 5 minit, ada satu sms masuk. Aku lihat dan aku tergelak sekuat-kuatnya. Aku tergelak kerana hatiku rapuh dan tak kuat menerimanya. Then,  aku terus bagitahu ibu. Ibu hanya terdiam, tapi aku tahu....jauh disudut hati ibu pasti sedih dan hampa.

Kemudian, aku ambil telefon dan terus call Najwa. Kami berdua menangis teresak-esak. Yela cousin paling rapat kut. Najwa cakap kat aku,
" Fiza jangan lah macam ni. Kau kena tabah."
Aku sayang kau najwa. Kau lah sepupu dunia akhirat. No one can replace you.

Then, aku pun bersiap-siap untuk ke sekolah. Sampai je sekolah, aku nampak my best friends dan air mata aku gugur sekali lagi. Saat itu, tiada kata yang mampu aku ucapkan. Hanya air mata yang berguguran. Dan pada waktu itu, Cikgu Wani menghampiri aku. Ya Allah, air mata aku gugur lagi. Kali ini, tak mampu aku nak menahannya lagi. Aku terlalu sedih dan ...... . Walau bagaimanapun, cikgu Wani, cikgu Suhaila dan cikgu Hamimah tidak putus-putus bagi kata-kata semangat dan dorongan kepada aku. Alhamdulillah, ketika itu hati dah mulai tenang.

Dan tiba saatnya aku ambil keputusan itu dan aku melihat keputusan itu, aku mula rasa bersyukur. Alhamdulillah, biarpun aku tidak mendapat apa yang aku mahu tapi aku sangat bersyukur kepada Allah SWT. Allah SWT pasti mempunyai perancangan yang baik untuk aku kelak. Insha-Allah.

Alhamdulillah,hati aku berasa mulai berasa tenang dan menerimanya dengan sepenuh hati. Insha-Allah, aku pasti akan lebih bersungguh-sungguh selepas ini. Apapun rintangan yang bakal aku hadapi, aku akan cuba hadapinya dan aku tidak akan putus asa. Aku akan berusaha bersungguh untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin.

Terima kasih untuk family, guru-guru SMKTMI dan rakan-rakan yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada aku. Terima kasih. Dan juga terima kasih untuk guru-guru yang mengajar aku dan rakan-rakan. Jasamu guru tidak akan aku lupakan. Insha-Allah. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada Allah SWT, atas segala nikmat yang telah diberikan kepada ku dan keluarga. Alhamdulillah.

Terima kasih dan Assalamualaikum.